Friday, 19 April 2013

pengalaman video seram UPM


Hai hai hai semua  

Pengalaman video seram!!!

Aku belakon wei..hii

Selepas belakon,  DR Nott tu suruh ank muridnya menulis pula pengalaman membikin video seram.

Adodo.. banyak bebenor keje beb! Stress! Huahuahua.  Peace Dr Nott .

Oke,,sudah pasal merungut tu. Now, aku nak cite plak pengalaman aku ni.

Grup aku buat video berkisarkan tentang ‘bilik’ yang diberi tajuk ‘bilik 408’. 

Kami buat penggambaran selama 2 hari.

Selama dua hari tu, tak tido malam. Kerana apa?

Kerana nak menyiapkan video tu laa. Terpaksa ku korbankan waktu tidurku.

Pusing sebentar kepala aku selama dua hari tu. Yalaa, aku ni mana la biasa tidur lewat-lewat.

Paling lewat pun, pukul 12 jek.

Lagi satu, aku ni agak la penakut, kena pulak buat video cam gitu. Haii memang aku x kenan laa beb! 

Aku terpaksa beranikan diri la tengok wajah kawan aku yang disolek bak “hantu kak limah tu”. 

Dalam menyiapkan video tu, setiap ahli kumpulan harus memberi kerjasama.

Agar, hasil itu memuaskan hati semua pihak. Dan, Alhamdulillah, ahli grup aku memang semuanya sempoi-

sempoi belaka.

cabaran yang kami terpaksa lalui semasa menyiapkan video tersebut ialah, selepas diedit, digabungjalinkan 

semua part, tup tup lappy hang!!! Stress ! Masa tu pukul 4 pagi. Huwaaaaaaaaaaa. Mata masing-masing 

dah macam panda. Kelas multimedia esok tu plak pukul 12. Sempat ke nak buat lain. Lastly, masing-masing 

ambil keputusan tidur dulu sekejap.  Pukul 9, kami bertungkus lumus menyiapkannya, dan terpaksa skip satu 

kelas tu..huwaa.

akhirnya, pada jam 2 petang, video tu dapat la siap dengan bantuan seorang kawan ni yang agak pandai 

dalam bab video-video ni. 

Jadi, itu saja laa pengalaman aku dalam proses buat video seram ni. Sekian. 

this is our video :)


 

No comments:

Post a Comment