entri kali ini aku nak kongsi tentang 'basic' adab seorang anak untuk peringatan bersama :)
1✿ mendengar dan mengikut segala perkataan ibu bapa. usah melawan kerana lazimnya perkataan ibu bapa adalah baik.
2✿ bersama-sama berdiri sebagai tanda hormat. usah duduk dengan senang-senang sedangkan ibu bapa berdiri ketika berbual.
3✿ menyahut dengan segera apabila dipanggil. usah membiarkan penggilan ibu bapa tidak berjawab atau berulang-ulang.
4✿ meminta izin ketika mahu ke mana-mana. usah keluar rumah atau pergi ke mana-mana tanpa pengetahuan ibu bapa.
5✿ bersalam tangan ketika pergi belajar atau berpisah sementara. usah hanya melambai-lambai daripada jauh.
6✿ bercakap sekadar suara yang boleh didengar. usah menjerit-jerit ketika berbual dengan ibu bapa.
7✿ senyum ketika berhadapan dengan ibu bapa. usah memuncungkan bibir dan bermasam muka di hadapan mereka.
p/s ✿ terkadang aku pun tersasul bab adab aku terhadap org tua aku. akan ku cuba perbaiki diri. peace yow!
credit to: teacher ruby (GenQ)
No comments:
Post a Comment