Sunday, 31 March 2013

sang pelangi ----> my life story T & J


wassupp! :)

entri kali ni aku nak ckp knp aku ubah nama blog aku kepada 'my life story T & J.
 
T & J tu apa? T & J tu Tom & Jerry. 

eh,,apa kena mengena T & J dgn title blog aku ni. haa pasal ni la yg aku nak tulis ni.

T & J ni sbnrnya ada nilai sentimental dalam kehidupan aku..cewahhh.

aku ubah title blog aku tu sb aku nk creditkan kepada seseorang yg aku pernah gelar Jerry (J) kt dia dulu..

hehe siapakah dia? dia tu merangkap best friend aku dan juga pojaan hatiku..(amboi ko jemah) hehe. 

dia la yg tolg aku touch up blog aku ni..thats why la aku ltk T & J sbgi title blog aku.

cena la aku bole gelar dia Jerry? meh ceq nak habaq.

segalanya bermula di sini..

aku mengenali Jerry di UPM ni la..tahun ke 2 pengajian aku di sini.

hendak dijadikan cerita, aku satu grup dgn dia dlm 1 kelas ni. kls ni menghendaki kite2 berniaga habaq hang!

jd, dri situ la kami berkenalan..hehe. 

pada suatu hari,

dia bertanya padaku, siapakah nama roomate aku. lalu aku menjawab kak Cheetah namanya. 

dia bertanya lagi,,hang plak org pgl apa? aku mencari idea utk mjwb,,lalu aku teringat dgn kisah T & J.

aku cakap aku Tom. dia tanya lgi,,hang Tom, sape Jerry? kak Hawa ke? kak hawa tu kwn roomate aku, dlu 

dia tumpang bilik aku. aku ckp, x lah, Maliki Yahya Jerry. hegeh! itulah katanye. namun,,ku bahagia,,hehe.

maka, dari situ lah bermulanya kisah T & J versi Ummi & Maliki..sekian wassalam :)


ini la dia Maliki a.k.a Jerry :)
 





Wednesday, 27 March 2013

saya nak jadi anak solehah ✿◡✿

entri kali ini aku nak kongsi tentang 'basic' adab seorang anak untuk peringatan bersama :)
1✿ mendengar dan mengikut segala perkataan ibu bapa. usah melawan kerana lazimnya perkataan ibu bapa adalah baik.
2✿ bersama-sama berdiri sebagai tanda hormat. usah duduk dengan senang-senang sedangkan ibu bapa berdiri ketika berbual.
3✿ menyahut dengan segera apabila dipanggil. usah membiarkan penggilan ibu bapa tidak berjawab atau berulang-ulang.
4✿ meminta izin ketika mahu ke mana-mana. usah keluar rumah atau pergi ke mana-mana tanpa pengetahuan ibu bapa.
5✿ bersalam tangan ketika pergi belajar atau berpisah sementara. usah hanya melambai-lambai daripada jauh.
6✿ bercakap sekadar suara yang boleh didengar. usah menjerit-jerit ketika berbual dengan ibu bapa.
7✿ senyum ketika berhadapan dengan ibu bapa. usah memuncungkan bibir dan bermasam muka di hadapan mereka.
p/s ✿ terkadang aku pun tersasul bab adab aku terhadap org tua aku. akan ku cuba perbaiki diri. peace yow!

credit to: teacher ruby (GenQ)

indahnya Islam


Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot… ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah ” (QS 36 : 82).

Ketika kita mengeluh : “ee, aku penat sangat … ”.
اَللّهُ menjawab : “ … dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirahat ” (QS 78 : 9). …

Ketika kita mengeluh :… “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku … ”.
اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).

Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa … ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).

Ketika kita mengeluh : “ pe aku buat ni semua sia-sia … ”.
اَللّهُ menjawab : ” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (QS 99 : 7).

Ketika kita mengeluh : “ takde sorang pun nak tolong aku … ”.
اَللّهُ menjawab: “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (QS 40 : 60).

Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat… ”.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita ” (QS 9 : 40).


Segala masalah kita, persoalan kita, sudah terjawab oleh ALLAH, semoga Allah kuatkan hati saya dan semua :)



Monday, 25 March 2013

Lagenda Budak Sik 2

Entri kali ni aku nk meneruskan sekuel LBS aku yg sebelum ni...jika dlm entri lepas aku dh crite serba sdikit tentang sik dr segi sejarah mendapat nama serta kedudukan sik dalam negeri kedah...kali ni aku nk ceritakan pulak kat hangpa tang mana adanye tempat yang menarik kt sik ni..

Kt sik ni banyak terdapat tempat yang menarik nk habaq kt hangpa...tak caye ce google ja pasai sik ni..bederet kuaq,hehe..ok,tanpa membuang masa mai aku bwk hangpa menjelajah sambil menikmati keindahan sik nie..(tgk kt blog ja ehh)hehe.

LATA MENGKUANG

Lata mengkuang ni terletak dalam hutan simpan rimba Teloi...lebih kurang 12km dari pekan Sik jer,x jaoh mana pn..tempat ni dihubungkan oleh jalan raya ke kg Weng yang berdekatan dengan sempadan Malaysia-Tahailand.

Hutan lipur Lata Mengkuang ni kaya dengan flora dan fauna,sesuai sangatlah untuk pencinta alam seperti aku  ni..(koya ja kn)hehe...lata ini mempunyai aliran air yang jernih serta pemandangan batu-batan yg menarik,sangat sesuai untuk dijadikan lokasi perkelahan dan mandi manda..


Lata mengkuang
ni laa Lata Mengkuang..

RIMBA TAQWA

Rimba Taqwa merupakan destinasi pelancongan yg terkenal di negeri kedah kerana memiliki khazanah hutan yg asli,air yg mengalir jernih serta mempunyai panorama yg menarik..tempat ni dibangunkan pada tahun 1967 dan dikawal selia oleh pejabat daerah sik..

tempat ni 3km jer dr pekan sik,nk pi pn senang..hangpa naik ja teksi xpun bas kt pekan sik tu,nk pi ngan kenderaan sendiri pn bolehhh...


rimba taqwa 
sejuk mata memandang,sejuk lagi air terjun nie

LADANG ANGGUR TASIK BERIS

Ladang Anggur Tasik Beris terletak lebih kurang 12km..ladang anggur ni sudah dikenali ramai dan ramai pengunjung yg datang dr jauh utk melihat sendiri buah anggur yg bergantungan..terbaekk dr ladang wa ckp lu..


tasik beris
ni laa tasik beris..lawa kn
aku kt tasik beris

buat2 petik ja 2..

ok lahhh..penat dh aku nk menaip pjg2,kalo hangpa nk tau lg tempat2 yg menarik kt Sik,mai la kt Sik..aku bwk hangpa pusing2 sik..
sejujurnya dr lubuk hati aku...tempat yg paling menarik kt Sik,plg best kt dunia yg selalu membuat aku ingin kesana sekarang jgk,ni haa..rumah aku,hehe..(nanti aku upload pic nye)
ikotkan hati,hari ni jgk aku nk blik,rindu nk duk umah, rindu mak, rindu abah...huwaaaaaaaa... oppsss,terlebeyy sudaaa..hehe..k laaa, nanti aku update ag story2 terbaru..assalamualaikum..




Sunday, 24 March 2013

kelas multimedia

entri kali ini aku nak cite pasal kelas multimedia aku yang minggu lepas. minggu lepas jadi minggu ni baru nak update..hee. kan suda diceritain aku ini mls nulisnye. oke, lets started! minggu lepas dR Nott ngajo kite-kite tentang shot-shot yang patot diambil. oke, shot yg petame ialah mug shot, yg kedua ialah medium shot, yg ketige full shot. so, aku nak tunjuk la gambo-gambo yang grup aku amek. grup aku 5 org sumenye, dinamakan cempaka sari ole ketua grup kita a.k.a zila melody.
mug shot by norasyikin

mug shot by zila melody

p/s :: mug shot ni gambornye muka shja. x boleh sampai ke bahu.

medium shot by cik hidayah

p/s :: medium ni gambor dri atas ke pinggang jek. cik hidayah beremosi fokus namanya itu :)

full shot by umi a.k.a sang pelangi

inilah diantara shot-shot yang grup aku amek. lagi sorg member grup aku x ado gambonye kat aku. so, aku tunjuk yang ado je ler..oke,,thats all for today,,assalamualaikum wbt.



Sunday, 17 March 2013

kerinduan melanda :(


rindu sesangat...
rindu pada siapa??
hehe cer teka..
jeng, jeng, jeng

ni haa rindu dkt budak tecik ni


diperkenalkan..ini anak sedare aku.
namanye ABDURRAHIM. haa klasik x? 
tapi unik. mna la ada org zmn mden ni gna nma tu kan.
myb ada,tp x ramai..tapi apa pun ok,asalkan maknanya baik2.
nama itu kan satu doa jugak,,kan3..hee..
jadi, sewajibnyalah ibu bapa memberi nama anak yang baik2 :)

yang dua org tu ibu n abahnye,,akak n abg ipa aku latew.
baru berusia 25 thun,,da dpt anak,,beskan jadi ibu bapa muda.
dowang ni menikah sebaik saje abes blajo kt USIM.
aku ni pon berangan jugak la nak nikah muda..hehe (doakan)
mana la tawu dipermudahkan urusan jodohku itu nanti..
hehe (berkat doa korang)..calon pon dah ada..hekhek tgu aje la
bila la 'en calon' tu mao masuk minangnye (gatei).

itu aje la yg aku nak bgtau korang.. skdar nk brkongsi rasa rinduku ini kpd anak sedare aku tu..hehe

p/s: hepi oii dapat ank sedare,,1st time katekan

Saturday, 16 March 2013

Lagenda Budak Sik

whassap3!
entri kali ini aku nk crite pasal tempat aku mula2 melihat dunia.
tgok tajuk pon hangpa dah tau aku ni asal dari mana..so, 
x payah la aku nak habaq kat hangpa lagi kan..hehe.
btw, aku bangga menjadi anak sik (ini sume poyo).

alang2 xde benda nk tulis,aku crita la kt hangpa serba sedikit tentang sik ni...
bukan apa,tetiba aku teringat kat sik,  yelahh tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pula tempat bermain,cewahhh...kalo hangpa nk tau (xnk tau pn aku nk crita jgk), daerah sik merupakan daerah yang terletak dalam Negeri Kedah (bukan Kelantan nah)hehe..gatei nak jadi ore klate bohh.
 
Keluasan daerah Sik: 1635 km persegi, iaitu 17.35% dari keluasan Negeri Kedah. Daerah ini adalah daerah yang paling luas dalam Negeri Kedah. Ia bersempadan dengan daerah Padang Terap di sebelah barat laut, Negara Thailand di sebelah utara, daerah Baling di sebelah selatan,  daerah Kuala Muda di sebelah barat daya dan daerah Pendang di sebelah barat. panjang lebaq aku habaq harap sume paham..kekeke

ni la kedudukan sik dalam ngri kedah :)


Begitulah alkisahnya tentang sik ni...t aku crite lagi kt hangpa,tunggu sekuel LBS yg seterusnya ok..hehe


BBM 3410 oh tidak!!!

haiii uollss ..hee
salam perkenalan sume..
hari ni nak post pasal subjek bahasa dalam multimedia
subjek ni byk keje beb!
salah satu kejenye ialah BLOG.
sebab tu la wujud BLOG SANG PELANGI ni haa.
punya la aku penin buat benda alah ni tau.
sebabnya aku ni x penah berangan pun nak menghasilkan BLOG sndr.
malas ceq nak nulisnye..hee.

tp,
disebabkan BBM3410 ni..
aku dengan paksa rela juga la menarikan jejariku ini
untuk menulis entri demi entri slps ini.
In Shaa Allah.:)
peace Yo! 
but,,b4 thats i wanna tu show u 
me & my bfF..